SET 1 - Tasbih Kayu Zaitun + First Harvest Limited Edition 250ml

1. Tasbih Kayu Pokok Zaitun 33 Biji.

2. Hasil Buatan Tangan Oleh Wanita Palestine Di Hebron.

3. Kayu Dari Pokok Zaitun Nabali, Roomy dan Souri.

4. Dari Ranting Pokok Zaitun Berusia Sehingga Ratusan Tahun.

5. Mempunyai Bau Minyak Zaitun Yang Tersendiri.

6. Setiap Satu Adalah Unik Dan Tidak Sama Kerana Dihasilkan Dari Bahan Asli.

7. Stock Terhad Dari Hasil Kerja Tangan Wanita Palestine Secara Manual.

8. Di Bawakan Khas Dari Nablus, Tebing Barat Palestine.

Semakin hari,  semakin ramai yang mencara pelbagai produk yang dihasilkan oleh para penduduk dan petani Palestine.

Kini, kami bawakan kepada Tuan Puan satu produk istimewa yang sering menjadi buah tangan dari para Jemaah yang menziarahi Bumi Palestine.

Selain daripada Minyak Zaitun, Ranting dari Pokok Zaitun Palestine yang mempunyai pelbagai kegunaan dan kelebihan juga boleh dijadikan kraftangan tadisional oleh para petani dan kaum wanita di Palestine.

Ranting ranting pokok zaitun yang banyak terdapat selepas musim menuai buah zaitun akan dijadikan Tasbih Kayu Pokok Zaitun.

Tasbih yang kebanyakannya dalam kuantiti 33 biji dihasilkan oleh para wanita Palestine disekitar Hebron dan kawasan berdekatan bagi menampung sumber pendapatan keluarga.

Hasil kerja tangan mereka ini banyak dijual di kawasan Kota Lama dan Kompleks Masjid Al Aqsa di Jerusalem.

Selain itu ianya juga dijual di beberapa tempat tumpuan para Jemaah yang akan menziarahi Masjid Al Aqsa.

Hasil kerja tangan mereka yang bermutu tinggi ini menghasilkan Tasbih yang menjadi pilihan ramai jemaah di Palestine.

Corak, Warna serta Bau Kayu Pokok Zaitun itu mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Biji tasbih sebanyak 33 butir ini memudahkan ianya dibawa ke mana sahaja dan sudah semestinya menjadi pilihan untuk sentiasa berada di dalam poket setiap penduduk Palestine yang memilih Tasbih tradisional berbanding tasbih digital yang banyak dijual sekarang.

Penghasilan tasbih ini juga sedikit sebanyak telah membantu ramai ahli keluarga di Palestine untuk meningkatkan sumber pendapatan mereka, kini mereka dapat memenuhi keperluan persekolahan, pendidikan anak anak serta sara hidup seluruh keluarga.

Setiap pembelian Set Tasbih Kayu Pokok Zaitun ini akan menyumbang kepada para penduduk disana untuk meneruskan kelansungan hidup lebih lebih lagi dalam keadaan semasa disana sekarang.

Kami mengalu alukan pembelian Set Tasbih ini untuk kegunaan sendiri di rumah atau dijadikan sebagai hadiah kepada kedua ibu bapa, saudara mara serta rakan taulan.

Pembelian Set Tasbin ini juga telah Membantu Diri Tuan Puan serta Membantu Rakyat Palestine di sana.

Subscribe